Wednesday, June 4, 2008

Mai Semangkuk!!!!







halu halu halu..... haaa . hari nak sembang pasal ais krim. siapa tak suka makan ais krim angkat kaki!!! haaa rasanya dalam dunia ni maybe hanya 20% sja kot yg tak gemar ais krim. yg lain nya mesti pantang... huh... pantang tengok. he he he

ais krim ni selalunya dikaitkan ngan budak2. budak2 kononya suka makan aiskrim....tapi cuba offer kat orang dalam umah aku... dari kecik sampai ke besar suka kan ais krim.
tapi bagi aku..memanglah minat makan aiskrim. pantang ada brand baru mesti nak cuba. tapi tgk gaji dulu la he he he..tapi nasib baiklah Baskin Robbins buat promotion setiap 31 hb. so memang ngam2 dapat gaji. baskin robbins ada 31 perasa yg best2. jgn risau yg takut gemuk makan ais krim, baskin ada aiskrim yg takdak lemak langsung ataupun dpanggil shorbet(sebutan shobey). shorbet ni tak dak krim, kalau ada pun cuma yogurt saja.

hmmm besides baskin robbins byk lagi other brands yang best2 for example heagen dasz, movenpick dan lg satu tu dari new zealand ntah tak brapa ingat nama kedai tu. tak kurang gak brand2 tempatan ais krim ni mcm mingo2, walls,king's dan banyak lagi.

gambar kat atas ni memory makan aiskrim kat sigmaringen, germany. kedai ais krim ni kalau musim sejuk bertukar jd kaedai stokin. he he he

Monday, June 2, 2008

Nasi Daun Pisang




pernah tak makan nasi daun pisang? haa hari ni nak crita sikit pasal nasi daun pisang ni. nasi daun pisang ni byk terdapat di kedai2 mamak dalam malaysia. memang jakun gak 1st time nak order ni... pening gak coz mamak yg amik order tak pandai cakap melayu atau omputih. he he he so jd macam ayam ngan itik la. aku berkokok mamak tu ber quack2.
nasi daun pisang ni ada 2 jenis, vegetarian n none vegetarian. meal ni datang dalam satu set la.. senang nak order pun. basic set akan ada daun pisang (mesti la kena ada), nasi putih, sayur kobis, sayur sawi, kerabu timun, papadum(keropok) dan rassam (sup pedas). semua tu akan di hidangkan atas daun pisang tu berserta kuah kari atau dal. rassam tu pulak hidang dalam gelas aluminium kecil, dan cara makan nya hirup mcm minum air. he he he unik gak.

so, thats the basic meal. kalau kita nak tambah ayam. kambing or ikan tu it is up to us la. tapi saja nak share sikit, kalau kita makan nasi daun pisang and add on kari... lebih sedap kalau tambah tairu( plain yogurt). mamak kat situ la yg ajar makan ni. ingatkan mat saleh je makan yogurt, mamak pun. he he he

lastly after the meal, ada plak dessert. nama dessert tu payassam. payassam tu macam bubur suji. memang ada suji pun, lagi satu ingridients ialah samea mcm bihun tapi warna kuning. rasanya manis, not bad tai tak tahan bau rempah!!

sesape yg belum pernah try nasi daun pisang ni cubalah. great experience!! tata


Tuesday, May 27, 2008

Pie! Pai!!




hi hi ...... hari aku nak sembang2 pasal satu lagi jenis makanan iaitu...PIE.. ataupun ejaan bahasa melayu PAI. pie ni ada bermacam jenis, ada yang manis dan ada yg berlauk (savoury).




kebiasaan pie ni berkulit seperti puff dan ada yang biasa. kalau kulit puff tu... dibuat dengan mengunakkan puff pastry. puff pastry ni boleh di beli di supermarket. puff pastry ni akan menjadikan kulit pie tu lebig ranggup or crispy. setengah pie menggunakan fillo pastry sebagai kulit nya. fillo pastry ni nipis macam kulit pohpia. so sebelum nak lapiskan fillo pasty tu atas pie, kita kena sapukan dgn mentega cair supaya lapisan kulit tu akan ranggup. lastly kalau kulit pie biasa, kita guna tepung gandum dah adun kan ngan telur atau mentega sayur.




pie manis biasanya dihidangkan sebagai pencuci mulut. pai ni dihidangkan panas dgn aiskrim ataupun whipped cream or sos manis. pie manis ni ada pelbagai jenis, ada inti buah, kekacang dan bijirin.




pie savory ni mcm chicken pie, mutton pie atau vegetarian pie. pie mcm ni kurang pedas, kalau pedas pun pedas pepper je. best pie in town kat DOME, chicken pie dia menarik, kulit pastry dan intinya tak dry... ala ala thick soup.








Friday, May 23, 2008

Doughnuts!




hari ni tetiba ja teringat pasal donut.... donut ni bukan lah makanan yg asing bg orang malaysia. selalunya di sini kita makan donut as breakfast, during tea time or bila2 saja bila lapar he he he . dahulunya donut ni versi biasa ja, berlubang di tengah dan di selaputi gula kisar.

tapi sekarang ni kita dah dapat tgk donut ni dalam pelbagai bentuk, warna dan rasa... dulu aku selalu ingat dunkin donuts la donut paling canggih... tapi sekarang ni rating paling top bagi aku adalah Big Apple donuts. memang sedap n unik la. as for those yg penah stay kat oversea aku rasa big apple ni tak la hebat mana, tapi bg aku, rasanya memeng best la.

first time terkena sentuhan magic donut big apple ni kat subang parade. memang rabun mata nak pilih coz byk sangat choice n everything is new to me. chocolate doughtnuts sja dah ada byk jenis huh... berpeluh gak nak pilih he he he. lagi satu kita dapat tgk operasi membuat donut kat situ gak. combination between men n machine untuk hasilkan donut tu.

hmm... bila la nak pegi beli lagi ni... malangnya kat penang ni belum ada lagi big apple. cuma ada misty donut, yg tak brapa best.

makcik tempe, fina jomla kita bukak francais big apple kat sini. sesuai ngan kita BIG!!!!! jgn mare!!


Thursday, May 22, 2008

Asam Di Darat

aku ni suka makan benda masam2, lauk masam, masak asam, asam pedas dan lain2. semua masakan tu perlukan asam jawa as one of the ingredients. tapi aku tak pernah tgk asam jawa yg fresh. selalunya tgk yg dah dipaketkan dan diproseskan.


soo... ada la satu hari tu, aku pergi ke sebuah kampung kat kedah.... dah aku dapat tgk asam jawa yg fresh tu.... siap bergantungan kat pokok laie!! tu dia aih dah umur lanjut br nak dapat tgk pokok ni. aku pun apa lagi try la rasa.... memang la masam, nama pun asam jawa. tapi best tak de perese tiruan he he he

First Time!!!!!

hmm.... finally dapat jugak buat blog sendiri walaupun banyak menyusahkan makcik tempe. terima kasih makcik tempe!!! byk nak kacau lagi nih. blog ni belum sempurna lagi, masih byk nak betulkan. kalau ikut mcm bina umah laa.. under construction lagi.

dalam blog aku ni, akan di muatkan cerita pasal makanan, makan, pemakanan, makan2 dan cara makan makanan, kedai makan, resepi and everything about food lah.konon2 ala ala asian food channel laa... heh heh heh.

pelan2 nanti akan di usahakan gak cafe kecik ni dgn info2 about food.

actually this is a very challenging experienced to built up this page. nasib baik ada makcik tempe n fina tertifu!!!

so... tima kacih no!!!!

haluuuuuuuuuuuu

wah !!!!! first time in blog.