Tuesday, May 27, 2008

Pie! Pai!!




hi hi ...... hari aku nak sembang2 pasal satu lagi jenis makanan iaitu...PIE.. ataupun ejaan bahasa melayu PAI. pie ni ada bermacam jenis, ada yang manis dan ada yg berlauk (savoury).




kebiasaan pie ni berkulit seperti puff dan ada yang biasa. kalau kulit puff tu... dibuat dengan mengunakkan puff pastry. puff pastry ni boleh di beli di supermarket. puff pastry ni akan menjadikan kulit pie tu lebig ranggup or crispy. setengah pie menggunakan fillo pastry sebagai kulit nya. fillo pastry ni nipis macam kulit pohpia. so sebelum nak lapiskan fillo pasty tu atas pie, kita kena sapukan dgn mentega cair supaya lapisan kulit tu akan ranggup. lastly kalau kulit pie biasa, kita guna tepung gandum dah adun kan ngan telur atau mentega sayur.




pie manis biasanya dihidangkan sebagai pencuci mulut. pai ni dihidangkan panas dgn aiskrim ataupun whipped cream or sos manis. pie manis ni ada pelbagai jenis, ada inti buah, kekacang dan bijirin.




pie savory ni mcm chicken pie, mutton pie atau vegetarian pie. pie mcm ni kurang pedas, kalau pedas pun pedas pepper je. best pie in town kat DOME, chicken pie dia menarik, kulit pastry dan intinya tak dry... ala ala thick soup.








Friday, May 23, 2008

Doughnuts!




hari ni tetiba ja teringat pasal donut.... donut ni bukan lah makanan yg asing bg orang malaysia. selalunya di sini kita makan donut as breakfast, during tea time or bila2 saja bila lapar he he he . dahulunya donut ni versi biasa ja, berlubang di tengah dan di selaputi gula kisar.

tapi sekarang ni kita dah dapat tgk donut ni dalam pelbagai bentuk, warna dan rasa... dulu aku selalu ingat dunkin donuts la donut paling canggih... tapi sekarang ni rating paling top bagi aku adalah Big Apple donuts. memang sedap n unik la. as for those yg penah stay kat oversea aku rasa big apple ni tak la hebat mana, tapi bg aku, rasanya memeng best la.

first time terkena sentuhan magic donut big apple ni kat subang parade. memang rabun mata nak pilih coz byk sangat choice n everything is new to me. chocolate doughtnuts sja dah ada byk jenis huh... berpeluh gak nak pilih he he he. lagi satu kita dapat tgk operasi membuat donut kat situ gak. combination between men n machine untuk hasilkan donut tu.

hmm... bila la nak pegi beli lagi ni... malangnya kat penang ni belum ada lagi big apple. cuma ada misty donut, yg tak brapa best.

makcik tempe, fina jomla kita bukak francais big apple kat sini. sesuai ngan kita BIG!!!!! jgn mare!!


Thursday, May 22, 2008

Asam Di Darat

aku ni suka makan benda masam2, lauk masam, masak asam, asam pedas dan lain2. semua masakan tu perlukan asam jawa as one of the ingredients. tapi aku tak pernah tgk asam jawa yg fresh. selalunya tgk yg dah dipaketkan dan diproseskan.


soo... ada la satu hari tu, aku pergi ke sebuah kampung kat kedah.... dah aku dapat tgk asam jawa yg fresh tu.... siap bergantungan kat pokok laie!! tu dia aih dah umur lanjut br nak dapat tgk pokok ni. aku pun apa lagi try la rasa.... memang la masam, nama pun asam jawa. tapi best tak de perese tiruan he he he

First Time!!!!!

hmm.... finally dapat jugak buat blog sendiri walaupun banyak menyusahkan makcik tempe. terima kasih makcik tempe!!! byk nak kacau lagi nih. blog ni belum sempurna lagi, masih byk nak betulkan. kalau ikut mcm bina umah laa.. under construction lagi.

dalam blog aku ni, akan di muatkan cerita pasal makanan, makan, pemakanan, makan2 dan cara makan makanan, kedai makan, resepi and everything about food lah.konon2 ala ala asian food channel laa... heh heh heh.

pelan2 nanti akan di usahakan gak cafe kecik ni dgn info2 about food.

actually this is a very challenging experienced to built up this page. nasib baik ada makcik tempe n fina tertifu!!!

so... tima kacih no!!!!

haluuuuuuuuuuuu

wah !!!!! first time in blog.