Friday, July 11, 2008

cheese!!




siapa tak suka makan cheese angkat kaki.... he he he . mesti ramai yang suka dari tak suka. dulu masa aku beli burger kat tepi jalan aku tanya ada letak cheese tak? mamat burger tu terpinga2 meghenyih, pastu tanya kat aku balik... dik cheese tu apo? but skang ni kalau aku p beli burger jer siap mat burger akan tanya , kak... burger nak letak cheese tak? maknanya zaman skang ni cheese bukan la satu makanan yang pelik.

cheese ni ada pelbagai jenis... yang selalu dalam burger tu cheddar cheese, cheese ni masin sikit . kalau yang letak atas pizza to danish mozzarella cheese, yang ni lemak sikit n kurang masin. kalau kita makan spaghetti plak kita akan tabur cheese serbuk kan... itu dipanggil parmessan (parmezon) cheese... yang ni lemak2 pahit, tapi great combination with pasta or salad. pastu kalau nak diet2 makan cottage cheese coz kurang lemak.. dia ni lembik2 warna putih, selalu direndam dalam air. byk lagi jenis2 cheese yang ada di pasaran skang ni, so tak susah nak beli.

nak buat kek pun pakai cheese. ada yang guna cream cheese, mascapone cheese untuk buat tiramisu memang best, tapi mahal beb! 100grm dalam rm20+. kalau nak pakai 500gm mampus gak!! he he he.

for salad aku pernah copy resepi nigela lawson, guna ricotta cheese + watermelon... not bad lah.. mcm pelik tapi tekak bole trima.. ok la tu.

lupa plak nak cakap , cheese ni di buat dari susu... susu lembu, kambing n kerbau... di masak sehingga berketul pastu diperam sehingga berkulat n basi... pastu jadi lah cheese. tu pun mahal!!!

1 comment:

bubbly baby said...

mak aiii!!! ini favourite mak .....nyahh oiiii!!! cheezy cheese.....ishhhh sedap giler. cheese makan ngn cracker or there's an arabic cheese ada campur some black seed (habbatussauda), rebus dlm air panas,then makan.... sedap babe. dia cam chewing gum skit but very tasty.

p/s -padanle badan kita takleh kurus nyah.....asyik sihat wal lepat liat je.